Pencarian

Persiapan Sebelum Bersolek


Sebelum bersolek, kamu perlu membersihkan wajah terlebih dahulu. Kemudian kamu perlu mengaplikasikan pelembap supaya kulit sedia untuk menerima bahan kosmetik lain yang diaplikasikan ke atasnya. Jika tidak, muka kamu akan nampak berminyak dan minyak tersebut akan menutupi liang pori-pori yang menyebabkan produk kosmetik tidak dapat diserap oleh kulit dengan maksima. Untuk kulit kering, solekan akan nampak pecah-pecah dan bersisik.

Langkah-langkah yang perlu dilakukan sebelum bersolek:

1) Bersihkan wajah, kemudian sapukan seluruh wajah dengan pelembap 10 minit sebelum wajah disolek.

2) a) Jika kulit jenis sangat kering, sapukan pelindung sinar matahari yang ringan 10 minit selepas memakai pelembap. Biarkan selama 5 minit supaya pelindung sinar matahari benar-benar menyerap sebelum menggunakan solekan.

b) Pada kulit normal, berminyak atau kombinasi, sebaik-baiknya elak daripada penggunaan pelindung matahari kerana kulit akan menjadi sangat berminyak dan solekan mudah luntur. Umumnya pelembap dan alas bedak sudah mengandungi pelindung sinar matahari. Pilih produk yang mengandungi SPF 15 atau lebih untuk perlindungan maksima.

Nota: Pelembap dan pelindung sinar matahari seelok-eloknya diaplikasikan juga pada leher agar ton warna kulit kelihatan sama.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails