Pencarian

Showing posts with label Jenis Kulit. Show all posts
Showing posts with label Jenis Kulit. Show all posts

Kenali Warna Solekan Sesuai untuk Warna Kulit Wajah


Warna kulit adalah faktor penting yang mempengaruhi pemilihan warna dan jenis kosmetik yang kamu perlukan. Berikut adalah panduan pemilihan warna kosmetik yang paling sesuai untuk warna kulit kamu:

1) Pemilihan Warna Solekan untuk Kulit Cerah

- Penggunaan warna terang untuk kelihatan moden dan ceria.
- Penggunaan warna pastel untuk kelihatan lembut, manis dan segar.
- Penggunaan warna gelap untuk kelihatan elegan. Warna ini sesuai untuk digunakan untuk solekan wajah pada waktu malam.
- Penggunaan warna pink dan hijau memberikan kesan klasik.


2) Pemilihan Warna Solekan untuk Kulit Kuning Langsat

- Elak menggunakan warna pastel kerana warna ini akan membuatkan wajah kamu kelihatan kotor atau comot. Kombinasi warna pastel dan warna kuning adalah padanan warna yang tidak serasi.
- Elak menggunakan warna terang kerana jenis warna ini akan memberi kesan terlalu kontra pada wajah. Kamu mungkin akan kelihatan seperti badut!
- Pilihlah warna hijau tua, ungu, biru, pink dan seumpamanya untuk kelihatan menarik untuk solekan pada siang hari.
- Pilihlah warna gelap yang mewah untuk kelihatan elegan pada waktu malam.
- Pilihlah warna emas atau copper untuk kelihatan eksotik.


3) Pemilihan Warna Solekan Untuk Kulit Sawo Matang

- Elak menggunakan warna pastel terutama yang berjenis ‘matte’ kerana warna ini akan membuatkan wajah kamu kelihat kotor atau comot.
- Pilihlah warna-warna yang mengandungi pengilat (shimmer) untuk kesan berkilau dan kelihatan eksotik.
- Pilihlah warna gelap dengan kesan shimmer pada waktu malam untuk kelihatan hebat.


Nota: Gunalah imaginasi dan kreativiti kamu untuk padanan warna yang sesuai dengan wajah kamu sehingga memberikan kesan yang luar biasa.

Kenali Jenis Kulit Kamu


Sebelum kamu membeli apa-apa bahan kosmetik, kamu mesti kenal jenis kulit kamu terlebih dahulu. Pemiliham produk kosmetik yang tepat dengan kulit kamu akan memberikan kesan solekan yang menarik dan tahan lebih lama.


Secara umum, jenis kulit normal dapat menggunakan pelbagai produk kosmetik. Namun bagi kamu yang memiliki kulit jenis sensitif, berminyak atau kering, perlu berhati-hati untuk memilih produk kosmetik yang sesuai. Faktor persekitaran seperti keadaan cuaca dan udara seperti panas matahari, debu, bahan kimia dan pencemaran juga perlu diambil kira untuk mendapatkan kosmetik yang sesuai dengan kamu. Jika kamu tersalah pilih, kamu akan mengalami masalah iritasi pada kulit.


Ciri-ciri Kulit Normal:

- Tegang dan lembut
- Tidak kering dan juga tidak berminyak
- Liang pori tidak besar
Produk yang sesuai – jenis serbuk (powder), krim dan gel


Ciri-ciri Kulit Kering:


- Terasa kasar dan kusam
- Liang pori rapat dan tidak berminyak
- Liang-liang pori kelihatan berkedut
- Mudah iritasi apabila keadaan persekitaan panas atau sejuk
Produk yang sesuai – jenis krim atau pelembap yang membuatkan kulit lebih lembap dan juga produk yang disapukan dapat menyerap lebih lama


Ciri-ciri Kulit Berminyak:

- Kelenjar minyak sangat aktif, kulit selalu nampak berrkilat
- Liang pori kelihatan besar
- Mudah ditumbuhi jerawat
Produk yang sesuai – jenis serbuk (powder) dan gel yang mudah menyerap minyak


Ciri-ciri Kulit Kombinasi:


- Daerah T kelihatan berminyak tetapi bahagian dagu dan pipi kelihatan normal atau kering.
Produk yang sesuai – jenis serbuk (powder) atau pelembap


Ciri-ciri Kulit Sensitif:


- Mudah iritasi dan nampak kemerahan
- Mudah alah terhadap produk kecantikan
Produk yang sesuai – segala jenis produk yang bebas daripada wangian, pewarna dan pengawet

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails