Pencarian

5 Panduan Untuk Si Kulit Pucat


“Ish... nampak pucat sangat lah, cubalah make up sikit. Dah nampak macam zombie dah”

Ada sesiapa menegur anda seperti ini kerana kulit anda yang terlalu putih dan pucat ? Tak perlu terasa hati, biarkan mereka berkata. Mungkin ada betulnya! Anda perlu tambahkan sedikit warna di wajah agar nampak lebih segar dan ceria.

Di sini ada 5 panduan kecantikan untuk anda berkulit pucat agar nampak lebih ‘bernyawa’ dan segar.


1- ELAKKAN BEDAK DEBU

Debu bedak yang anda pakai itu akan membuatkan kulit wajah anda berbelak dan tidak sekata. Malah pasti warna leher anda akan lain daripada warna kulit wajah. Sebaiknya sapulah krim pelembap atau moisturizer yang tidak bewarna supaya kulit warna asal dan tidak berubah.


2- DEKATI PRODUK SPF

Ada yang mengatakan kulit yang terlampau putih sebenarnya tidaklah seseronok seperti apa yang di perkatakan. Golongan yang memiliki kulit seperti ini mudah terkena penyakit kulit jika terlalu banyak terdedah di bawah terik matahari. Ini kerana kulit mereka lebih nipis berbanding orang lain. Oleh itu mereka harus sentiasa memakai produk krim yang mempunyai SPF serta melindungi kulit dari sinar UV.


3- PAKAI GINCU WARNA PINK / OREN

Untuk hilangkan wajah yang pucat seperti orang yang tidak sihat, apa kata tambahkan sedikit warna di bibir dengan warna seperti merah jambu yang di campur dengan warna oren atau warna oren sederhana untuk memberi bayangan warna darah mengalir di kawasan bibir. Selain itu, beranikan diri memakai gincu terang ya!


4- EYE SHADOW WARNA TANAH

Oleh kerana kulit anda terlalu putih, warna hitam pasti akan menonjol dan terang kelihatan di bahagian mata. Hati-hati ia akan nampak pelik jika warna hitam yang anda pakai itu terlalu pekat. Silap-silap ada yang kata mata anda lebam di tumbuk. Sebaiknya, gantikan warna hitam dengan warna coklat tanah. Warna ini pasti akan menonjiolkan kecantikan semulajadi mata anda.


5- FOKUS DI BAHAGIAN MATA

Selain pilih warna yang natural di bahagian mata, gunakan eyeliner dan memakai maskara yang tebal untuk menonjolkan bahagian mata yang seksi anda miliki. Untuk efek yang lebih menarik pakailah kanta lekap yang bewarna kelabu atau kebiruan. Wah, anda pasti  nampak seperti anak peranakan!

Set Penjagaan Kecantikan Wajah As Beauty


Set  Penjagaan Kecantikan Wajah As Beauty Terdiri dari 3 item iaitu:


1. As Beauty Soap
Bertindak dalam meningkatkan kadar  metabolisme kulit dengan penjanaan sel-sel baru, seterusnya merencatkan proses penuaan, mengurangkan garis-garis halus serta meningkatkan keregangan kulit agar sentiasa kelihatan muda serta membantu dalam mengekalkan kelembapan semulajadi kulit.






2. Night Cream
Bertindak dengan bantuan Vitamin E merawat muka dengan menghilangkan jerawat, jeragat dan bekas jerawat serta mengecilkan pori-pori kulit.








3. Day Cream
Bertindak melindungi kulit dari cahaya UV juga sesuai sebagai alas bedak.









Testimoni boleh baca di sini.

Promosi  Tidak Pernah di Buat Orang !!!!  
(Masa Terhad)
Percuma  :
Satu (1)  helai t shirt muslimah atau blouse 
bernilai hampir RM50  
(Boleh pilih dari kod DFB, DFC atau DFT di 

Harga 1 set :
RM120.00 (Sem.)
RM125.00 (Sabah/Sarawak)

FREE POSLAJU!!!

Berminat?
Sila email saya di admin@kedaikainonline.com 
atau 
whatsapp/viber/msg : 013-2073018 (wan)
atau
isi order formdi bawah 
(saya akan balas melalui email dalam tempoh 24 jam)

Penggunaan Bedak pada Wajah


Bedak berfungsi untuk menyempurnakan solekan pada wajah dan menjaga solekan agar tahan lebih lama dan tidak luntur. Selain itu, bedak dapat menyerap lebihan minyak pada kulit sehingga kulit tampak segar, cerah dan sihat.

Jenis-jenis bedak :

1) Bedak Padat (Compact Powder)
Bedak Padat memberi kesan ringan pada solekan. sesuai digunakan untuk pakai harian bagi memperbaiki solekan (touch up).

 2) Bedak Tabur (Powder)
Bedak Tabur juga sesuai untuk dipakai harian. Bedak jenis ini daat menyerap minyak pada wajah tanpa mengubah warna.

Untuk dapatkan kesan bercahaya, pilihlah bedak tabur yang mengandungi partikel-partikel glitter.











3) Bedak Tabur Meteorite 
Bedak Tabur Meteorite berbentuk bulat-bulat. Bedak ini berfungsi sebagai sentuhan akhir agar wajah kelihatan lebih cerah, segar dan bercahaya. Jenis ini juga sesuai dipakai pada tubuh badan.














Cara Pemakaian Bedak Pada Wajah

- Sapukan bedak dengan menggunakan berus besar atau puff khas untuk bedak.
- Bedak padat disapu selepas pemakaian pelembap (moisturiser).
- Bedak tabur disapu selepas pemakaian alas bedak (foundation).


Pemilihan Warna Bedak

- Bedak warna pink

Warna pink sesuai untuk kulit putih untuk menaikkan seri wajah.










- Bedak warna kuning


Warna kuning sesuai untuk kulit coklat dan sawo matang. Pemakaiannya perlu dicampurkan dengan alas bedak (foundation) agar nampak lebih asli.








- Bedak warna hijau

Bedak warna hijau berfungsi untuk menghilangkan warna kemerahan pada wajah dan menutupi bekas jerawat.









- Bedak warna lilac


Bedak warna lilac sesuai untuk kulit wajah gelap atau sawo matang. Berfungsi untuk menghilangkan kusam pada wajah sehingga kelihatan segar dan cerah.







- Bedak warna biru


Bedak warna biru digunakan untuk menutup noda atau masalah pada kulit wajah.
'







- Bedak warna jingga


Bedak warna jingga digunakan untuk memberi kesan kemerahan pada wajah untuk kelihatan lebih segar.








- Bedak warna merah bata

Bedak warna merah digunakan untuk mencerahkan wajah dan juga sebagai pemerah pipi.









- Bedak warna coklat

Bedak warna coklat berfungsi untuk menggelapkan warna  alas bedak (foundation). Sesuai untuk solekan pengubahsuaian atau menutupi kekurangan wajah.








- Bedak warna tembaga (bronze)


Bedak warna tembaga membuat wajah nampak berkilau. Jika digunakan pada kulit gelap  atau sawo matang akan memberikan kesan eksotik. Selalu dipakai pada waktu malam.







Tips Pemakaian Bedak

- Sapukan bedak di kawasan T wajah untuk memperbaiki solekan supaya nampak lebih segar.
- Untuk mendapatkan kesan bersinar pada wajah, gunakanbedak tabur yang mengandungi glitter sebelum menggunakan bedak padat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails